
Dunia kita bermula dari diri sendiri
akrab dan menyatukan fikiran
minda menerima
pelbagai pengalaman dan peristiwa
pertembungan yang membongkar
membelah kekabutan peristiwa
peristiwa yang mengakar
isu yang membuai rasa
mencabar membajai
anggapan yang bermacam-macam
bermula lah putaran fikiran
memaut seribu satu tafsiran
tela'ah dan pandangan
mungkin tidak semua yang ditolak
dan tidak semua yang diterima
apa yang menjelma dikotak fikiran
harus diterjemah dengan bijaksana
jika tidak kerana DIA
kita tidak akan jadi siapa-siapa
kabut yang menutupi minda
harus dibedah jika perlu....
